Polis ada pelbagai pendekatan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bolos untuk balik kampung menyambut Aidilfitri walaupun berjaya melepasi sekatan jalan raya.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata justeru, orang ramai diminta tidak mengambil mudah mengenai perkara itu.
“Walaupun dapat melepasi pemeriksaan SJR sehingga ke destinasi dituju, polis ada pendekatan tertentu untuk mengatasi perkara itu.
“Awas dan jangan ambil mudah perkara ini kerana kami akan melaksanakan tugas walaupun pendekatan diambil mungkin tidak digemari masyarakat kerana pihak polis terpaksa melakukannya.”
Jalan ke KL ditutup
Tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan penutupan jalan yang menghala ke selatan dari utara.
“Untuk makluman, susur ke arah Selatan (Ipoh/KL) dari Plaza Tol Alor Pongsu telah ditutup sepenuhnya. Hanya ke arah Utara (Kedah/Penang/Perlis) sahaja dibuka. Moga bermanfaat.“
Setakat ini tiada sumber rasmi dari pihak berkuasa mengenai penutupan jalan tetapi jika difikir secara logik memang ini salah satu cara untuk menahan sesiapa yang berjaya bolos rentas negeri untuk sambutan Hari Raya.
Jika anda tiada surat kebenaran dari pihak PDRM, tindakan akan diambil.