fbpx

Isteri kepada penyanyi veteran Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman meminta agar keluarga dan rakan-rakannya tidak menunjukkan rasa simpati sekiranya bertemu dengannya.

Fauziah,55 memberitahu perkara itu di Instagram story miliknya pada pagi Khamis.

“Pada keluarga, sahabat dan sesiapa di luar sana yang mengenali saya. Kalau terjumpa saya tolong jangan buat muka sedih.. kalau saya nampak muka sedih kalian saya akan menangis”

Sebaliknya, ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu meminta orang menghadiahkannya senyuman yang manis.

“Sedekahkan saya senyuman paling manis. Saya akan senyum (kembali) kepada anda,”tambahnya lagi.

Fauziah juga ada memuat naik foto sambutan Aidilfitri untuk tahun 2022 dan 2023. Untuk kedua-dua tahun tersebut, kelibat ND Lala tidak kelihatan dalam foto lebaran tersebut.

Sebelum ini, Fauziah dan Nd Lala menghadapi konflik rumah tangga apabila penyanyi itu dikatakan berkahwin dengan wanita muda yang juga rakan sekolah anak sulung mereka, Shila Amzah.
Sekadar info, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Shahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28 dan Nur Syuhada, 25 tahun.

Sumber: Instagram Fauziah Sarman

[fbcomments]