Isu Melodi Raya yang mengundang Izreen Azminda dengan bekas madunya, Intan Liana Saleh bagi menjernihkan keadaan bertukar ‘petaka’ apabila nama pengacaranya, Janna Nick turut terkait sama.
Kan kisah lama terbuka semula
Menerusi ruangan komen Melodi, ramai yang meminta supaya pihak mereka menjemput Janna Nick dan Sheila Rusly memandangkan mereka juga pernah berselisih faham sekitar tahun 2019.


Namun nampaknya pengarah drama tersebut tidak hanya berdiam diri, malah telah menjawab segala ‘permintaan’ netizen dengan memuat naik maklum balas itu di ruangan IG story miliknya.
Dalam posting berkenaan, Sheila telah berkongsi semula satu ciapan netizen berkenaan rumor pergaduahan dia dan Janna satu ketika dulu.


Israel pun kalah kalau macam ni perangai kau
Selain itu, Sheila Rusly turut memuat naik semula posting dari IG story stafnya apabila ada yang menuduh ‘orang dalam’ JS Pictures sendiri yang mendedahkan punca pergaduhan itu.

Dah maafkan tapi tak mudah untuk lupakan
Dalam pada masa yang sama, Sheila Rusly turut menjelaskan bahawa dia sudahpun memaafkan pelakon tersebut, namun tidak dapat melupakan apa yang telah dilakukan olehnya.
Sudah dimaafkan. Tapi tak semudah ini untuk melupakan.

Tambah Sheila lagi, dia berasa geram kerana sama sekali tidak mengganggu sesiapa. Tetapi tidak semena-mena namanya ‘dipetik’ sehingga membuatkan dia berasa kurang selesa.
Sis geram sebenarnya. Sisi tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pendam lama isu ini.
Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain tutup muka nanti. Sis jadi marah sebab itu fitnah.