fbpx

Pelakon dan pelawak veteran iaitu Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, dilaporkan bakal menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung pada Disember ini.

Buat Pembedahan Masuk Bateri Bulan Depan

Berdasarkan laporan Mstar, Ebby Yus memaklumkan bahawa beliau perlu melakukan pembedahan tersebut selepas menerima nasihat doktor yang mengatakan jantungnya kini semakin lemah.

“Bulan depan saya akan buat pemeriksaan jantung sebelum melakukan pembedahan masuk bateri sebab jantung lemah. Walaupun kesihatan tidak berapa baik namun aktiviti harian saya berjalan seperti biasa dan mampu meneruskan karier sebagai seorang pelakon”, jelasnya.

Kos Pembedahan Cecah RM38K

Dalam pada itu, Ebby Yus juga turut memberitahu jumlah kos pembedahan yang dianggarkan iaitu sebanyak RM38,000 dan kini beliau sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pihak hospital bagi menampung kos pembedahannya itu.

Kredit: Mstar

[fbcomments]