Baru-baru ini, kejadian seorang lelaki OKU dipukul beramai-ramai di sebuah pasar tani telah mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Antara yang tersentuh dengan insiden tersebut ialah seorang pengguna TikTok bernama Fiqah Suha, yang berkongsi kisah menyentuh hati mengenai ibunya, seorang OKU yang mengalami masalah ingatan sejak lebih 10 tahun lalu.

@ciqaaaaaaa

Sebagai orang teganu, ku rasa malu dan pilu… #kemaman #okudibelasah

♬ suara asli – yuda – yuda

Ibu Hilang Ingatan Selepas Melahirkan Anak Bongsu

Fiqah mendedahkan bahawa ibunya menjadi OKU selepas mengalami komplikasi ketika melahirkan anak bongsunya pada tahun 2010. Ketika itu, jantung ibunya terhenti selama 10 minit, menyebabkan kerosakan pada otak yang mengakibatkan kehilangan ingatan.

“Jujur cakap, hanya yang ikhlas jaga insan istimewa begini sahaja yang mampu bersabar apa jua berlaku,” tulisnya.

Fiqah turut menyeru orang ramai agar lebih memahami dan menyayangi golongan OKU.

“Takkan semudahnya pukul mereka walau nyawa jadi taruhan. Kita dikurnia akal waras, sedang mereka diuji, kasihi dan kasihanilah hingga akhir hayatnya,” tambahnya lagi.

@ciqaaaaaaa

Replying to @MamaCute🥰 ❤️

♬ Meu Mundo Meu Lugar – Seu Soares

Melalui ruangan komen, Fiqah berkongsi bahawa ibunya dahulunya seorang wanita yang sihat dan ceria, namun keadaan berubah selepas beliau melahirkan anak ke-18. Malangnya, bayi yang dinanti-nantikan oleh keluarga itu tidak panjang umur. Selain itu, Fiqah mendedahkan bahawa keluarganya pernah kehilangan empat lagi adik-beradiknya iaitu tiga akibat keguguran, manakala seorang meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata netizen memuji ketabahan Fiqah dan keluarganya dalam menjaga ibu mereka. Kisah ini turut menjadi peringatan kepada semua tentang pentingnya menunjukkan belas kasihan dan menghormati golongan OKU.

Kredit: TikTok ciqaaaaaaa

 

 

[fbcomments]