fbpx

Wahyuda Ibnu Ihsan, mahasiswa STIBA berasal dari Kolaka Utara dan juga merupakan penghafal Al-Qur’an 30 Juz telah dijemput ilahi selepas berbuka puasa sunat Arafah.

Beliau dilanggar lori sampah yang bergerak laju dan terseret beberapa meter.

Jasadnya tersenyum dan tidak hancur

Walau bagaimana pun, di fahamkan jasadnya itu tidak hancur. Ramai yang beranggapan mungkin kerana di dadanya tersimpan kalamullah yang mulia.

Dan paling menakjubkan bila topi keledarnya dibuka… mukanya tiada langsung tercedera melainkan sedikit kecederaan di pipinya. Malah ada juga yang mendakwa Almarhum kelihatan tersenyum, tenang dan tiada tanda-tanda kesakitan yang ditanggungnya akibat kemalangan tersebut.

Dah siap sediakan kain kafan sendiri

Menurut maklumat lagi, beliau juga turut telah menyediakan kain kafan yang dibawa bersamanya yang disimpan di dalam beg pakaiannya.

“Allahu, sewaktu kebanyakan manusia selalu lalai mengingatkan mati dan mempersiapkan diri menghadapinya, beliau sudah menghidu bau malaikat maut yang mengekorinya saban waktu.”

[fbcomments]