fbpx

Pelakon Jasmin Hamid mendedahkan bahawa beliau kini telah bebas dari kanser rahim selepas menjalani pembedahan baru-baru ini. Aktres tersebut berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Syukur Kini Diri Telah Bebas Kanser

Berdasarkan video yang dikongsikan, beliau meluahkan rasa syukur apabila keputusan pembedahan menunjukkan cyst di sebelah kiri sudah hilang, manakala cyst di bahagian kanan pula semakin mengecut.

“Saya ingin berkongsi keputusan dengan anda semua berkenaan keputusan pembedahan perut saya baru-baru ini. Doktor cakap saya bebas kanser rahim! Doktor beritahu cyst sebelah kiri dah hilang, cyst sebelah kanan pun makin mengecil”, katanya.

Tak perlu Buang Cyst, Hanya Ikut Rawatan Susulan Saja

Menurutnya lagi, doktor menyarankan Jasmin agar cyst tersebut tidak perlu dibuang, sebaliknya beliau hanya perlu mengikut rawatan susulan secara berkala sahaja.

“Doktor maklumkan cyst tu tak perlu dibuang, saya hanya perlu jalani pemeriksaan berkala sahaja untuk melihat perkembangan ketumbuhan tersebut. Alhamdulillah, kesembuhan ini dengan izin Allah dan berkat doa keluarga, rakan-rakan serta semua yang sayangkan saya.

“Tiga bulan lagi, saya kena buat ulangan pemeriksaan untuk lihat perkembangan cyst saya yang sebelah kanan. Saya harap kawan-kawan yang menjalani operation yang sama dengan saya hari tu pun dapat berita baik untuk report kesihatan mereka”, ujarnya.

Di akhir kata, beliau mengucapkan rasa terima kasih kepada netizen yang tidak putus mendoakan kesihatannya selama ini.

Kredit: Instagram jasminhamidjh

[fbcomments]