Pada beberapa hari yang lepas, terjadinya satu tragedi yang menyayat hati apabila 10 sekeluarga lemas dibawa arus kepala air yang terjadi di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman, Terengganu.
Jenazah tujuh beranak yang telah ditemukan kini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Lepar Hilir 3, malam tadi.
Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad
Menurut sumber BH Online, tujuh van jenazah bertolak dari Kuala Terengganu pada jam 6.30 petang semalam dengan diiringi kereta peronda polis.
Jenazah suami isteri iaitu Karim Abdullah dan Azizah Eiyi, serta lima anaknya selamat dikebumikan dalam satu liang pada jam kira-kira 11.50 malam.
Lima anak kepada pasangan tersebut ialah Putri Balqis Izzati,18, Putri Nurerina Natasya,10, Muhammad Zulqarnain Haikal,11, Muhammad Haziq Ziqree,6, dan Putri Aryana Umaira,4.
Disembahyangkan Dan Diimamkan Oleh Ibrahim Mat Nor
Menurut BH Online, kesemua jenazah disembahyangkan di masjid Ubbudiah FELDA Lepar Hilir 3, yang turut diimamkan oleh Ibrahim Mat Nor.
Namun begitu, setakat ini masih ada dua orang mangsa lagi yang tidak dijumpai iaitu Putri Nor Fatin,14, dan tunang kepad Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman,24.
Kredit: BH Online