Seperti rakyat Malaysia tahu, nama Jocelyn Chia tidak lagi asing di negara Malaysia tercinta kerana disebabkan beliau, perbalahan antara dua negara terjadi. Baru-baru ini seorang individu di Twitter dipercayai bapa kepada pelawak tersebut telah mencetuskan tanda tanya orang ramai kerana ia berbunyi kontroversi dengan dikatakan Jocelyn Chia telah dibuang keluarga.

Dibuang Keluarga Sampai Mati

Berdasarkan ciapan yang dikongsikan itu, individu yang bernama Anthony Chia Whye Liam memaklumkan secara umum bahawa beliau dan isterinya tidak lagi menganggap Jocelyn sebagai anak mereka sehingga hujung hayat.

“Saya umumkan di sini (Twitter) buat kali pertama, saya dan isteri tercinta Shirley menafikan, Jocelyn Chia sebagai anak perempuan kami. Bermula sekarang dan seterusnya sehingga hari kematian kami berdua. Perbuatannya adalah kegagalan saya dalam membesarkannya menjadi orang yang lebih baik untuk masyarakat. Masyarakat berhak mendapatkan lebih baik daripada situasi ini”, kata-kata kesal yang ditulis oleh bapa kepada pelawak tersebut.

Gagal Membesarkan Dia Jadi Insan Baik

Dalam pada itu, Anthony Chia juga mengakui beliau gagal dalam membesarkan anaknya itu menjadi seorang insan yang baik. Seperti yang rakyat Malaysia tahu, Jocelyn Chia telah mencetuskan kontroversi terbesar di mana beliau membuat jenaka tentang kehilangan pesawat MH370 terdahulu. Ditambah pula dengan gabungan bersama pelawak dari Amerika Syarikat yang sama-sama mengutuk tentang kejadian MH370.

Disebabkan oleh kejadian tersebut, kedua-dua individu terbabit mendapat tamparan hebat dari rakyat Malaysia dan juga segelintir rakyat dari Singapura.

Kredit: Twitter Anthony Chia Whye Liam

[fbcomments]