Juara Gegar Vaganza musim ketujuh iaitu Cliff Umar didapati mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas satu pertuduhan memiliki dadah jenis heroin pada Ahad lalu.
Didapati Bersalah Miliki Dadah Jenis Heroin
Menurut laporan Sinar Harian, Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph, 42, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.
Berdasarkan pertuduhan yang dikenakan, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pada jam 3.30 petang, 26 Mei lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding dijalankan, Timabaln Pendakwa Raya yang bernama Annur Athirah Amran mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000. Namun, peguam yang mewakili tertuduh merayu agar ia dapat dikurangkan susulan dia perlu menanggung isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah.
“Anak guam saya bekerja sebagai pemain muzik dan pendapatan tidak menentu,” ujar perguam Sallehuddin Salam.
Mahkamah kemudiannya membenarkan Cliff Umar diikat jamin sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai depan untuk laporan kimia kes terbabit.
Kredit: Sinar Harian