Pelakon dan pelawak dari negara seberang iaitu Vicha Saywho baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah mengalami gangguan sihir semasa menjalankan perniagaan makanannya yang terkenal iaitu Bakso Beranak.
Sudah Tutup Semua Cawangan Di Malaysia
Menurut laporan Mstar, Vicha atau Refika Novianti Faturohman, 36, memaklumkan bahawa dia menyedari ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan perniagaan yang diusahakan olehnya di Malaysia.
Namun, dia mengambil perkara tersebut ke arah positif dan lebih berhati-hati.
“Pernah sekali depan gerai saya ada duit syiling banyak dan yang kelakarnya saya ambil duit itu kerana tidak tahu itu adalah gangguan sihir atau apa.
“Bila saya tanya kepada rakan, rupanya itu adalah salah satu sihir yang digunakan melalui duit syiling untuk kita, tapi selepas kejadian tu saya tak rasa sakit atau apa-apa, malah masih anggap itu adalah perkara normal.
“Saya tak pernah buat jahat atau bermusuh dengan sesiapa, semuanya saya baik-baik saja jadi tak sangka pula ada orang sanggup buat macam tu pada saya”, ceritanya.
Kata Vicha, kesemua cawangan kedai makanan bakso miliknya di Malaysia sudah ditutup dan membuka cawangan baru di Bandung, Indonesia.
Kredit: Mstar