fbpx

Kisah mistik atau amalan sihir menyihir tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu, bahkan dari zaman dahlu pun sudah bermulanya amalan khurafat seperti ini. Baru-baru ini tular di laman TikTok apabila seorang pemuda memuat naik satu video yang telah meraih lebih 2 juta tontonan berkenaan perjumpaan botol yang berisi gambar orang dan beras di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

@ayupy12

Sumpahan apa ka ni guys. Ada gambar orang dgn beras dlm botol tu #fyp

♬ original sound – Ejai_Aziz – Ejai_Aziz

Terjumpa Botol Yang Ada Isi Di Celah Batu

“Sumpahan apa ni guys. Ada gambar orang dengan beras dalam botol tu”, petikan kapsyen yang ditulis oleh pemilik video tersebut yang dikenali sebagai @ayupy12. Gambar yang diisi dalam botol tersebut kelihatan agak lama dan ramai yang menyangka bahawa botol itu sudah bertahun kurun lamanya. Netizen menyifatkan perbuatan itu adalah sihir  untuk menutup rezeki lelaki tersebut.

“Ada yang komen, kata dia disihir isteri agar mendengar cakap tapi lelaki itu dah meninggal tahun 2013”, antara spekulasi yang dibongkar dan dirungkai oleh netizen.

Ramai Yang Suruh Buka Botol Tersebut Tapi Takut Jadi Lain

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen. Bukan itu sahaja, bahkan timbul juga beberapa spekulasi yang dikeluarkan oleh sesetengah individu yang mungkin pakar dalam bab-bab seperti ini.

“Dia tutup rezeki orang dalam gambar tu. Beras kan makanan, ibarat rezeki”, antara andaian yang dibuat oleh netizen.

Kredit: TikTok Ayupy12

[fbcomments]