Berita tentang kemalangan yang meragut nyawa enam sekeluarga telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang turut bersimpati atas tragedi yang menimpa keluarga terbabit. Anak sulung daripada keluarga tersebut adalah satu-satunya yang tidak terlibat dalam kemalangan kerana tidak menaiki kenderaan bersama keluarganya ketika itu. Ia diperlihat bahawa Abdur Rahman menjadi imam ketika solat jenazah kali terakhir buat keluarganya, namun terdapat satu insiden yang tidak sedap mata memandang terjadi.

Selamba Ambil Gambar Ketika Orang Bersedih Solat Jenazah
Dalam kesedihan yang dirasai, ada juga perasaan marah yang timbul dalam kalangan netizen dengan tindakan seorang jurufoto ini. Berdasarkan sumber video yang dilihat di laman Twitter, ia kelihatan seorang jurufoto dengan selambanya pergi ke hadapan jemaah untuk mengambil foto ketika para jemaah sedang membaca doa dengan semua jenazah yang berada di hadapan mereka.
Perbuatan yang dilakukan oleh jurufoto itu telah dikecam hebat oleh netizen kerana tidak mempunyai rasa hormat kepada keluarga mangsa dan juga jenazah.
Terpaling Bekerja
Meninjau di laman Twitter, terdapat sebilangan mereka meluahkan rasa geram sambil melontarkan ayat tidak puas hati apabila melihat kelakuan jurufoto tersebut.

Kredit: Twitter, Lobak Merah