Tak padan dengan sakit, sempat lagi nak menggatal. Mungkin itulah kata-kata yang akan terkeluar dari mulut dimana seorang jururawat Hospital Melaka mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual pesakit COVID-19 di hospital itu.
Gangguan seksual oleh pesakit Covid berusia 60 tahun
Mangsa seorang juru rawat yang berusia 29 tahun itu dikatakan diganggu suspek berusia 60 tahun ketika sedang menguruskan pesakit terbabit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira jam 5.45 petang.
Warga emas terbabit dikatakan mengeluarkan perkataan berbaur lucah ketika jururawat berkenaan sedang melakukan prosedur rawatan terhadapnya.
Susulan itu, jururawat terbabit membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Minta pasangkan kondom
Difahamkan, lelaki itu pada mulanya menerima panggilan telefon dari seorang wanita dipercayai isterinya dan membuka pembesar suara ketika berkomunikasi.
Jururawat itu kemudian panik dengan kelakuan warga emas itu memandangkan hanya dia bersama lelaki itu berada di dalam bilik berkenaan.
Tidak terhenti di situ, sejurus menamatkan panggilan, warga emas berkenaan kemudian meminta jururawat terbabit melihat saiz kondom kateter urin yang baharu dan meminta wanita itu memasang kondom berkenaan di kemaluannya.
Jururawat itu yang takut selepas mendengar permintaan serta kata lucah warga emas berkenaan mengadukan perkara itu kepada pihak atasan hospital sebelum laporan polis dibuat.