Menurut kenyataan dari beberapa media, kabinet bersetuju pelaksaan darurat bagi menangani penularan Covid-19.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Menurut laporan daripada MalaysiaKini pula, salah seorang menteri yang enggan namanya didedahkan hanya memberitahu “Tunggu pengumuman”

Susulan berdepan dengan asakan

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.

Laman pro Azmin juga memetik sumber, bahawa semua proses politik dan sidang Parlimen akan ditangguhkan sekiranya Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat disebabkan gelombang ketiga pandemik Covid-19.

Pakar undang-undang di Putrajaya juga dilaporkan sedang mengkaji permintaan tersebut mengikut Perlembagaan Persekutuan, berikutan rayuan berulang kali oleh pegawai kanan kesihatan semasa mesyuarat peringkat tertinggi minggu ini.

Ini terjadi kerana, Pegawai kanan kesihatan menyatakan keprihatinan serius dan memberi amaran tentang kemungkinan Pilihanraya akan berlaku semasa pandemik, sekiranya pembentangan bajet November ini tidak mendapat sokongan majoriti.

Justeru dengan pengisytiharan darurat, penangguhan semua proses dan prosedur politik dianggap sebagai satu-satunya cara praktikal membantu pihak berkuasa kesihatan mengawal penularan Covid-19 yang meningkat 109 peratus dalam tempoh sebulan.

Darurat mencetuskan rasa panik

Sementara itu, menurut laporan dari The Malaysian Insider pula, perkataan “darurat” itu harus dipakejkan semula supaya tidak mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat.

Mereka tak akan panggil darurat, tetapi nama baru lain. Sesuatu yang berkaitan dengan Covid-19.

PM menghadap Agong

Sumber dari Malaysia Kini turut menyatakan bahawa Muhyiddin dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan baginda dalam melancarkan darurat ini.

Namun walau bagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat disahkan. Sama-sama kita tunggu…

[fbcomments]