Baru-baru ini tular di laman X yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dikatakan telah menjadi mangsa buli secara fizikal di bahagian kaki oleh jiran-jirannya sehingga kakinya diketuk dan terkoyak yang menampakkan isi kakinya itu.
Kaki Kena Ketuk, Leher Kena Cekik
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @itsnhj_ di laman X, ia berkongsikan gambar kesan lebam pada kaki seorang kanak-kanak perempuan yang difahamkan telah menjadi mangsa buli sehingga terpaksa menjalani pembedahan pada kaki.
“Mulut kena salotape, kaki kena ketuk dengan batu bata. Leher kena cekik. Hidung kena sepit dengan penyepit baju. Perut kena tumbuk. Sekarang Cahaya terlantar di HKL.. Dah operate kaki darah beku dan nanah,” tulisnya di hantaran tersebut sebelum ia dipadam.
Mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan dan hasil mendapati tiada kesan retak pada kakinya, hanya tisu terkoyak.
Pembuli Adalah Kanak-Kaanak, Polis Kini Sedang Siasat
Menurut kenyataan dari mangsa yang dikenali sebagai Cahaya, dia memberitahu bahawa dia telah dibuli oleh beberapa anak jiran yang berusia lingkungan 7 sehingga 14 tahun.
“Cahaya cakap anak jiran depan rumah yang buat. Kasihan anak yang kak Mas jaga ni. Seorang lelaki darjah 1 dan 2 orang perempuan darjah 2. Seorang budak lelaki tingkatan 2,” jelas individu berkenaan.
Kes tersebut kini telah disahkan oleh pihak polis dan mereka sedang giat menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kredit: X redzuanNewsMPB