Nampaknya nama pelakon terkemuka tanah air, Bront Palarae tiba-tiba hangat diperkatakan di media sosial selepas beliau menyindir golongan pemimpin dan ahli politik yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ekoran peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di Twitternya.
Pak Menteri jangan bebankan rakyat
Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin bin Saifuddin, 41, berkata,sekiranya golongan yang telah diberi amanah itu tidak mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik, mereka tidak sepatutnya membebankan rakyat.
Pak-pak menteri dan ahli-hali politik sekalian, mohon jangan jadi ketam ajar anak berjalan.
Kalau anda tidak mampu menggalas amanah, jangan bebankan rakyat dengan sifat tidak bertanggungjawab anda.
Pak Menteri pulang dari Sabah
Terdahulu, para ahli politik yang pulang dari Sabah telah mencetuskan kekecohan di Pulau Pinang dan Melaka dimana sekitar 600 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga Pulau Pinang terpaksa menjalani ujian swab Covid-19 dan diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian.
Situasi tersebut tercetus selepas seorang guru wanita yang mengajar di sekolah berkenaan disahkan dijangkiti wabak berkenaan.
Difahamkan, guru wanita berusia 40-an itu merupakan isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang baru pulang daripada berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
Membantu rakyat
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsiannya itu ada juga Bront seakan mendoakan urusan pemimpin berkenaan dipermudahkan dalam usaha membantu rakyat.
Menurut Bront lagi, buat ahli politik yang berniat sebaliknya, pelakon itu tidak teragak-agak mengaharapkan balasan daripada Allah SWT.
Buat yang ada niat selain dari itu, mohon kau celakakanlah hidup mereka agar jadi pedoman buat generasi akan datang.