fbpx

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai laman Facebook Riak Apa Hari Ini sehingga mendapat perhatian pendakwah bebas terkenal iaitu, Ustazah Asma Harun.

Beliau memuat naik satu posting di laman Facebooknya dan ‘menegur’ agar admin kelab berkenaan menukar nama atau memadam akaun tersebut.

Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan…

… Jangan indahkan perkataan keji “Riyak” atas nama gurauan.

Kalau takut dosa, bolehlah ‘left’

Namun nampaknya ia tidak setakat itu sahaja dimana admin kelab berkenaan turut tampil membidas semula dan berkata sesiapa yang takut akan dosa, dipersilakan keluar daripada kelab tersebut selain masih berkeras untuk mengekalkan nama kelab tersebut.

Terima kasih yang update tarbiah daripada ustazah. Selepas berbincang kami akan kekalkan nama group. Cuma, pada yang rasa berdosa nak duduk dalam group ini boleh la left.

Kami tak paksa ya. Pada yang tak boleh duduk diam nanti kena jilat api neraka boleh left ya.

Hanya sekadar gurauan

Selain itu, seorang lagi ‘admin’ juga tampil bersuara dan menyatakan tujuan ‘group’ itu ditubuhkan hanya sekadar gurauan dan bukan tujuan untuk riak,

Kami para admin bukan daripada golongan bangasawan, jutawan, hartawn. Kami golongan terjejas juga dan masih berusaha mencari rezeki sesuap nasi.

[fbcomments]