Seorang kanak-kanak lelaki melalui detik mencemaskan apabila diserang dan digigit seekor anjing sehingga cedera di kawasan perumahan Taman Megah baru-baru ini.

Video di bawah:
https://x.com/mynewshub/status/1963279032826331171?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Rakaman Video Tular Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing di Cheras

Kejadian itu menjadi perhatian selepas rakaman berdurasi 11 saat yang menunjukkan mangsa bergelut dalam keadaan panik bersama anjing terbabit tersebar di media sosial.

Dalam video berkenaan, seorang penunggang motosikal dilihat berhenti dan cuba membantu menyelamatkan kanak-kanak tersebut sebelum dia berjaya melepaskan diri.

Beberapa gambar turut dikongsikan orang awam memperlihatkan keadaan mangsa yang berlumuran darah dengan kecederaan ketara pada bahagian kepala, dipercayai akibat gigitan.

Insiden itu mengundang rasa bimbang dalam kalangan penduduk apabila ia mula tular di Facebook sejak Rabu, dengan netizen mendesak pihak berkuasa tempatan mengambil langkah segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof ketika dihubungi mengesahkan polis masih belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung insiden tersebut.

Bagaimanapun, semakan lanjut akan dijalankan.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]