Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang sebelum ini dilaporkan kritikal selepas insiden lemas di kolam renang sebuah rumah inap di sebuah kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, akhirnya disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.
@ammar_rizqi11 Semoga dipermudahkan buat adik iqbal sekeluarga…moga ada keajaiban buatnya…#atlantisresidencemelaka #semogadipermudahkansegalanya#semogatabah#melaka#doayangbaikbaik#fypシ゚
Kanak-Kanak Lelaki Disahkan Meninggal Dunia Selepas 16 Jam Kritikal Akibat Lemas di Kolam Renang
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh bapanya menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok sekitar jam 3.30 pagi.
“Doakan cahaya mata kami ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman. Allah lebih sayangkannya, mohon doa semua sahabat permudahkan urusan kami. Jika tiada halangan jenazah akan dibawa pulang ke Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor untuk dikebumikan di sana,” tulisnya.
Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku pada pagi semalam, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.45 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah digerakkan ke lokasi bersama tiga jentera, termasuk van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).
![]()
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zahery Mohd Zailani, mangsa telah dikeluarkan daripada kolam oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba.
Anggota bomba yang berada di lokasi cuba memberikan bantuan kecemasan termasuk rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR), namun mangsa gagal memberikan sebarang tindak balas.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Melaka dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia pada awal pagi hari ini.
Kredit: Malaysia Gazette, TikTok ammar_rizqi11