fbpx

Hati ibu mana yang tidak luluh apabila kehilangan anak tersayang akibat kecuaian orang lain. Begitulah yang terjadi kepada ibu muda ini.

Beliau telah memuat naik status di Facebooknya memaklumkan anak perempuanya telah meninggal dunia selepas diberikan suntikan vaksin untuk kanser serviks.

Ibu ini menjelaskan, anak perempuannya yang berusia 11 tahun itu hadir ke sekolah pada hari kejadian dalam keadaan demam.

Pihak sekolah yang menggunakan khidmat seorang doktor untuk memberi vaksin kanser serviks pada hari itu bagaimanapun tidak mengambil bacaan suhu murid sebelum memberi vaksin. Malah, apa yang dia kesal, doktor tersebut terus je memberi suntikan kepada anaknya itu.

Anak saya menghidap angina (sakit dada disebabkan otot jantung tidak menerima darah beroksigen yang mencukupi), muntah dan kemudian meninggal dunia.

Anak saya tidak mempunyai penyakit, selama ini dia sihat seperti biasa. Tolong bantu saya kongsikan kes ini.

Hmm dalam hal ni, siapa yang patut dipersalahkan dan siapa yang patutnya dipertanggungjawabkan? Persoalannya mengapa doktor tidak check terlebih dahulu? Mengapa pihak sekolah tidak memaklumkan kepada penjaga mengenai suntikan yang akan diberikan? Ibu bapa pula kenapa menghantar anak ke sekolah jika demam?

[fbcomments]