fbpx

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disahkan maut selepas mengalami cirit birit akibat memakan makanan yang dibawa pulang dari sebuah program sekolah agama yang diadakan di daerah Gombak, pada Sabtu yang lalu.

Alami Demam, Muntah Dan Cirit-Birit

Berdasarkan laporan Kosmo!, mangsa difahamkan telah mengalami gejala seperti demam, muntah, dan cirit-birit selepas menjamah makanan yang dibawa pulang oleh bapanya yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sekolah terbabit.

“Pada Sabtu lalu, bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah membawa balik makanan daripada program di sebuah sekolah yang sama.

“Semalam (Isnin), ibu mangsa mendapati anaknya demam, muntah serta cirit-birit lalu menghantar anaknya ke Hospital Selayang. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan oleh pegawai Hospital Selayang,” jelas sumber.

Sebelum ini, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas dipercayai keracunan makanan akibat memakan makanan yang dibawa pulang oleh ibunya pada Sabtu.

Kedua-dua mayat mangsa kini telah dihantar ke Forensik Hospital Selayang bagi tujuan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Kredit: Kosmo!

[fbcomments]