Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda di hadapan rumahnya di Jalan Delima, Kampung Cacar Baru Paka, Dungun petang semalam.
Nur Aira Awatif Mohammad Fadzil parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang bermain basikal di kawasan rumahnya bersama dua rakannya berusia 8 dan 7 tahun. Dalam masa yang sama, sebuah pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 59 tahun gagal mengelak dan melanggar mangsa.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Ketika pemandu melalui jalan kampung terbabit untuk ke sebuah surau menunai solat Zohor, mangsa dikatakan tiba-tiba keluar dari pagar rumahnya dan pemandu kenderaan itu gagal mengelak dan melanggar kanak-kanak terbabit.
Kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit mengejarkan anaknya ke Klinik Kesihatan Paka namun disahkan sudah meninggal dunia.