Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki mengintai wanita dalam tandas dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah, Jalan Flora Utama semalam.
Video di bawah:
https://x.com/update11111/status/1801573246359269501?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Kantoi Intai Wanita Dalam Tandas
Memetik laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat iaitu Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku ketika mangsa yang berusia 28 tahun menggunakan tandas terbabit pada jam 12.30 tengah hari.
Difahamkan suspek yang berusia 24 tahun itu telah memasuki sebuah tandas wanita sebelum mengintai mangsa dari ruang bawah.
Mangsa memberitahu dia ternampak wajah seorang lelaki sedang mengintainya melalui ruang bawah antara tandas sebelah dengan tandas digunakan wanita itu.
“Mangsa bertindak menjerit meminta pertolongan dan pada masa sama, turut menjirus air ke arah suspek.
“Bagaimanapun, jeritan mangsa didengari pengawal keselamatan yang kemudiannya berjaya menahan lelaki itu sedang bersembunyi dalam tandas bersebelahan.
“Suspek kemudian diserah kepada polis untuk siasatan lanjut,” jelasnya.
Shahrulanuar menambah, suspek juga direman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.
Kredit: Harian Metro