Keselamatan para wanita pada masa kini amatlah membimbangkan, terutamanya apabila mereka bersendirian ke mana-mana sahaja mereka tuju. Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita terkejut dan menangis selepas mengetahui dirinya telah diintai oleh “wanita berniqab” ketika sedang menukar pakaian di tandas.
Difahamkan, kejadian ini berlaku di Gedebage, Kota Bandung, Jawa Barat pada Ogos yang lalu.
@miftahonchannel HATI² kepada wanita² diluar sana #wanitamuslimah #wanitabercadar #niqabis #muslimah #muslimahbercadar
Lelaki Berpakaian Wanita Sambil Berniqab Kantoi Intai Orang Tukar Baju
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @miftahonchannel di laman TikTok, ia kelihatan mangsa merakam insiden tersebut sambil memberitahu kepada beberapa orang lelaki yang ada bersamanya bahawa individu yang berpakaian wanita serta berniqab itu telah mengikutinya masuk ke dalam tandas.
Lebih menakutkan, mangsa mendakwa dirinya telah menukar pakaian di dalam tandas tersebut dan kejadian itu telah disaksikan oleh individu yang mengikutinya itu.
“Saya curiga dia laki-laki. Dari tadi saya di toilet dia mengikut saya dari tadi, mas. Saya masuk ke toilet untuk tukar baju, dia dari tadi ikut saya. Saya curiga dia bukan perempuan, mas”, jelasnya dalam video tersebut.
Menangis Teresak-Esak Selepas Dapat Tahu Individu Berniqab Ternyata Lelaki
Meskipun wanita ini berasa pelik dengan situasi tersebut, mangsa memberanikan diri untuk meminta individu berkenaan membuka niqabnya walaupun pada mulanya dia berkeras tidak mahu berbuat sedemikian.
Alangkah terkejutnya wanita ini apabila perasaan seperti yang beliau duga, individu tersebut adalah seorang lelaki dan lantas mangsa menangis teresak-esak apabila mengetahui hal tersebut.
Beberapa orang lelaki yang didakwa pengawal yang berada di situ juga turut meluahkan rasa marah dan merampas telefon bimbit milik suspek.
“Saya dari tadi dilihat, mas. Ya Allah!”, luah mangsa sambil menjerit menangis ketakutan.
Reaksi Netizen
Meninjau di ruangan komen, ramai diantara mereka yang turut merasakan kesedihan yang dialami mangsa kerana auratnya telah didedahkan secara tidak sengaja, sejurus mengalami trauma selepas insiden tersebut.
Kredit: TikTok miftahonchannel