fbpx

Kehilangan orang tersayang merupakan perkara yang paling sukar dilalui. Lebih-lebih lagi orang yang sentiasa ada disamping setiap waktu.

Begitulah yang dilalui oleh Saiful Hassim dimana dia ada berkongsikan hari terakhirnya bersama arwah isteri yang menghidap fibrosis paru-paru, menimbulkan rasa sebak di hati.

Melawan penyakit sejak 2015

Menurut Saiful, isterinya telah berjuang melawan penyakit ini sejak 2015 lagi selepas beberapa tahun hidup dengan hanya satu paru-paru kerana jangkitan tibi yang pernah dihidap pada 2009.

Jangkitan ini terjadi selepas isterinya melahirkan anak yang berpunca dari parut lama di paru-paru dan kesan dari penyakit tibi sebelum ini.

Ikuti perkongsian beliau :

Aku bukan sahaja mencintai kau kerana kau Isteriku, tetapi aku amat mengagumi kekuatan dan semangat kau untuk pergi bekerja dalam keadaan yang masih sakit, tidak pernah luntur walau tiub pernafasan melekat di wajah pabila keluar dari rumah hingga ke pejabat. Dan kau, sentiasa menginginkan untuk menggembirakan orang lain biarpun banyak halangan yang perlu ditempuh.

Setiap langkah, hirup nafas, tutur bicaraku tidak lagi sama sejak kau tiada. Betapa aku merindumu sayangku. Pernah aku tertawa sendirian teringatkan kisah lama kita berdua dan selalu aku menangis pabila menyedari yang kau tiada lagi di sisi.

Setahun yg lepas, bertarikh hari ini.. 15hb Mei.Tarikh keramat yang tak mungkin akan lekang dari kotak fikiranku….

Posted by Saiful Hassim on Khamis, 14 Mei 2020

… pada ketika itu aku sudah kehilangan Isteri kesayanganku dan tidak lagi dapat aku tahan air mataku dari berjujuran keluar. Isteriku meninggal dunia di dalam dakapanku.

Kepada yang masih mempunyai pasangan, hargailah mereka dan terimalah kekurangan mereka seadanya. Sekurang-kurangnya anda masih mempunyai satu sama lain.

Kau dan aku, punya kenangan yang tak mungkin dapat ku cipta lagi. Dari saat pertemuan kita, sehingga ke hari kau pergi meninggalkanku, meninggalkan dunia ini, tidak pernah ada sehari berlalu dengan aku menyesali apa yang telah kita lalui.

Mayb ur not the first one in my life, but after i met u, I wana made u my last.Mayb I’m not the greatest husband, but…

Posted by Saiful Hassim on Isnin, 29 April 2019
[fbcomments]