Kawasan sekitar Parit Buntar dan Nibong Tebal kecoh baru-baru ini selepas kelibat hantu pocong atau ‘hantu bungkus’ dikatakan menghantui penduduk tempatan.
Bagaimanapun, selepas disiasat, ‘hantu’ tersebut ternyata seorang pemuda berusia lingkungan 20-an yang memakai kain putih dan seluar ‘track suit’, dengan niat menakutkan rakan-rakannya.
@itsme.achik_ job 4time jadi hantu tiap mlm.. #pocong #paritbuntar #fypシ゚viral #hantuviral #pocongviral
‘Hantu Pocong’ Di Parit Buntar Ternyata Pemuda 20-an Cuba Menakutkan Kawan
Rakaman yang tular menunjukkan pemuda itu melarikan diri selepas kelibatnya dirakam secara langsung oleh seorang pempengaruh TikTok di kawasan Parit Kasa. Bagaimanapun, pempengaruh berkenaan berjaya mengejar dan menahan pemuda itu. Selepas disoal siasat serta diminta membuka telekung yang dipakainya, pemuda tersebut memohon maaf, menegaskan niatnya hanya untuk ‘prank’ rakan, bukan mengganggu orang lain.
“Sorry la bang, saya nak ‘prank’ kawan bukan nak ‘prank’ abang,” kata pemuda itu ketika dirakam. Difahamkan, pemuda tersebut berasal dari Batu 4 dan dihantar oleh rakannya ke lokasi untuk menakutkan penduduk setempat. Bagaimanapun, nasibnya kini di tangan Ahli Jawatankuasa (AJK) penduduk kampung untuk tindakan selanjutnya.
@nishhhh_7 saya betul-betul meminta maaf kepada semua penduduk ya harap maaf saya betul-betul kerana memalukan keluarga #pocongparitkasa
Pempengaruh yang merakam kejadian turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana perbuatan menakutkan orang boleh membawa risiko yang tidak diingini. Sementara itu, pengesahan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian menyatakan tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan insiden tersebut.
Kejadian ini mencetuskan kegusaran penduduk sejak dua minggu lalu, ramai yang dilaporkan takut keluar malam kerana bimbang diganggu oleh individu yang menyamar sebagai pocong tersebut.
Kredit: Berita Harian, TikTok nishhhh_7 & TikTok itsme.achik_