Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang penemuan sekeping surat layang yang ditemui di kawasan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh yang mana ia mendedahkan tentang isu gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang doktor berpangkat senior terhadap doktor-doktor HO di hospital berkenaan.
Doktor Senior Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Doktor Housemen Perempuan
Memetik laporan Kosmo! Online, difahamkan surat layang berkenaan telah mendedahkan tentang isu gangguan seksual dan ia ditujukan kepada pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun agar tindakan lanjut dapat diambil.
Dalam surat layang tersebut, mangsa-mangsa gangguan seksual itu memaklumkan bahawa doktor yang melakukan gangguan seksual sering mengganggu tugasan doktor-doktor yang menjadi mangsa.
Bukan itu sahaja, malah doktor berkenaan juga didakwa telah mengugut doktor-doktor housemen wanita yang menjadi mangsa seksual si pelaku untuk memanjangkan tempoh tagging dan latihan mereka walaupun tidak diberi kuasa untuk mengawasi mereka.
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
– Maklum balas awal isu viral gangguan seksual di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPZ) – pic.twitter.com/POo5dxMxqn— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 16, 2024
KKM Bakal Ambil Tindakan
Susulan isu berkenaan tular, ia sejurus telah mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mereka mengesahkan bahawa mereka telah menerima surat layang tersebut melalui pos pada Khamis, 28 Februari lalu.
Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak kemudiannya telah menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas pada 29 Februari yang dianggotai daripada pegawai-pegawai yang turut dilantik oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM.
Kes tersebut kini sedang disiasat dengan pengumpulan bukti-bukti.
Kredit: Kosmo! Online, X KKMPutrajaya