fbpx

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mengarahkan penutupan kesemua masjid dan surau di 46 kariah dalam daerah Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Baling bermula Rabu susulan penularan wabak COVID-19.

Arahan penutupan itu merupakan yang kedua selepas masjid dan surau di beberapa kariah dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat secara pentadbiran (TEMCO) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 berikutan tercetus kluster baharu pandemik itu di beberapa daerah di negeri ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata berkuat kuasa hari ini, semua masjid dan rumah ibadat di kawasan berlaku penularan COVID-19 ditutup serta merta bagi membolehkan proses sanitasi serta pengawasan lanjut dilakukan sehingga kes terbabit selesai.

Taman awam serta pasar malam di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga turut ditutup.

“Operasi peruncitan seperti kedai runcit, kedai 24 jam dan kedai serbaneka di stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam saja.

Aktiviti penjualan makanan di kawasan yang dilanda wabak turut tidak dibenarkan beroperasi untuk makan, minum atau melepak di kedai.Hanya boleh bungkus sahaja.

Beliau turut memaklumkan semua acara sambutan berkaitan kemerdekaan peringkat negeri dibatalkan selain tempat awam yang menjadi tempat untuk sambutan kemerdekaan ditutup mulai 28 Ogos ini.

[fbcomments]