Selepas melangkah ke alam perkahwinan, sudah semestinya setiap pasangan mengimpikan untuk menimang cahaya mata dengan cepat supaya dapat menyerikan lagi kehidupan di masa akan datang. Namun, tidak semua orang akan melalui proses yang sama kerana terdapat segelintir pasangan yang sukar untuk mendapatkan zuriat kerana mungkin ianya belum rezeki mereka lagi untuk diberi peluang mendapat cahaya mata selepas mereka berkahwin.

@mrwancaiofficial77

Nor Ezaty Binti Abdul Latif Meninggal Dunia Bersama Anak Dalam Kandungannya Yang Berusia 8 Bulan. Punca Kematian Ibu Muda Berusia 26 Tahun Ini Adalah Di Sebabkan Sesak Nafas. InshaAllah Team UKVJ HQ Akan Membantu Pengurusannya Sebentar Lagi. Nantikan Live Yang Akan Di Buat Pada Bila² Masa!

♬ Dawai – Fadhilah Intan

Isteri Hamil 8 Bulan Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Berdasarkan sumber yang dilihat dari @mrwancaiofficial77 di laman TikTok, video yang dimuat naik tersebut memaparkan bahawa seorang wanita yang sarat mengandung telah dijemput Ilahi akibat sesak nafas dan difahamkan, Allahyarhamah Nor Ezaty Abdul Latif meninggal dunia bersama anak dalam kandungannya yang berusia 8 bulan. Hanya berbaki sebulan saja lagi untuk menimang cahaya mata, namun suami kepada Allahyarhamah terpaksa berdepan dengan ujian terbesar apabila beliau kehilangan dua insan yang paling disayangi dengan sekelip mata.

Kehilangan Yang Di Lalui Bukan Satu Tapi Dua

Pemergian wanita mulia bersama bidadari kecilnya disambut dengan air mata yang tumpah dari seluruh anggota keluarga yang hadir dalam upacara perpisahan. Dalam kepedihan, si suami tampak merintih, memeluk erat anak syurganya dengan mata berkaca-kaca, merenung anak kecilnya untuk kali terakhir sebelum dia pergi selamanya, pulang ke negara abadi.

4 Tahun Tunggu Zuriat, Tapi Allah Lebih Menyayangi Mereka

Lebih menyayat hati, pihak keluarga mendedahkan bahawa pasangan suami isteri ini telah berusaha mendapatkan zuriat selama 4 tahun lamanya. Disaat keluarga ini telah diberi peluang untuk menimang cahaya mata, namun hanya Allah sahaja mengetahui hikmah di sebalik dugaan berat ini.

Kredit: TikTok dan Facebook mrwanchaiofficial77

[fbcomments]