Kejadian rogol dilihat semakin berleluasa dan semakin kerap berlaku tidak kira di negara mana pun. Mangsa pula bukan sahaja terdiri daripada golongan wanita, malah jika dilihat kanak-kanak juga turut tidak terlepas menjadi mangsa jenayah seksual ini.
Untuk pengetahuan, pada sekitar 2008, telah berlaku satu kes jenayah rogol paling kejam melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun.
Dalam perjalanan ke sekolah
Kejadian itu dipercayai berlaku di daerah Ansan-si, Korea. Suspek bukan hanya merogol tetapi juga melakukan kekerasan diluar tabii menyebabkan ramai orang marah.
Kejadian berlaku pada 11 Disember 2008 semasa mangsa dikatakan dalam perjalanan ke sekolahnya.

Si pelaku pula pada ketika itu berusia 57 tahun berada dalam keadaan mabuk telah menegur mangsa dan secara tiba-tiba, dia telah menekup mulut mangsa dan dibawa ke tandas berhampiran iaitu di dalam sebuah gareja.
Mangsa di pukul, dirogol & diliwat
Setiba di dalam tandas, Cho Doo Soon meminta mangsa untuk ‘melayannya’ dari segi seksual.
Budak kecik 8 tahun tu kena rogol di bahagian kemaluan, dubur dan telinga!
Mangsa dipukul, bahagian pipinya digigit sehingga pengsan di tempat kejadian oleh si pelaku kejam.
Budak tu cuba lawan. Tapi dia dilemaskan sampai tak sedarkan diri. Kena tekup muka budak tu dalam air.
Jolok dengan getah paip untuk sedap air mani
Bagi menghapuskan kesan rogol terhadap kanak-kanak tadi, Cho Doo Soon telah mencuci kesan darah pada tubuh mangsa. Malah, kemaluan mangsa turut dijolok dengan sebatang paip getah dipercayai untuk menyedut keluar air mani dari tubuh mangsa.
Kesan daripada itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dubur dan kemaluan. Mengikut pemeriksaan daripada pakar, organ dalaman mangsa terutamanya di bahagian kemaluan hilang fungsi sebanyak 80%.
Usus/organ dalaman terkeluar
Semasa orang jumpa mangsa, mangsa didapati berada dalam keadaan tidak terurus, kesan darah pada tubuh dan terdapat usus atau organ dalam yang sudah terkeluar.

Mangsa trauma sehingga kini
Menurut bapa mangsa, walaupun kejadian sudah 12 tahun berlalu, namun mangsa sehingga kini masih lagi trauma dengan apa yang terjadi.
Keluarga kami tidak dapat menonton TV lagi dengan gembira. Apabila berita mengenai jenayah seksual keluar di TV, anak perempuan saya akan terus pengsan. Itulah sebabnya anak perempuan saya sama sekali tidak dapat menonton berita itu. Dia hanya boleh menonton kartun sahaja. Pada mulanya, anak perempuan saya kelihatan seperti zombie tanpa jiwa yang anda lihat di dalam filem.
Selepas kejadian itu, anak gadisnya terpaksa tinggal dengan kantung usus di kakinya. Ayah mangsa turut memberitahu bahawa anak gadisnya itu perlu mendapatkan rawatan dua kali seminggu selama empat tahun.
Akibat itu juga, mangsa tidak dapat hadir ke sekolah seperti biasa.
Hukuman diterima tidak setimpal
Namun apa yang menjadi kontroversi ialah, perogol tersebut hanya dihukum penjara 12 tahun sahaja kerana hakim beri alasan perogol berada dalam keadaan mabuk. Namun, wajarkah hukuman diringankan?
Sedangkan mangsa walaupun sudah 12 tahun berlalu, tapi kesannya sehingga kini masih terkesan dan masih trauma dengan apa yang terjadi.
Kisah ini telah diadaptasi menjadi sebuah filem Korea yang bertajuk ‘Hope’.