Hasrat seorang wanita untuk menggembirakan suaminya bersempena ulang tahun kelahiran lelaki itu bertukar menjadi detik paling memilukan dalam hidup mereka sekeluarga apabila suaminya ditemukan terbujur kaku di atas katil.

@ocharnq

TAGAL WAFAT SAMA DGN TGL WAFAT06 06#sorotanfypppppppppppp

♬ Hilang (feat. Wizz Baker & Toton Caribo) – Justy Aldrin

Kejutan Hari Lahir Bertukar Tragedi, Suami Ditemui Meninggal Dunia Dalam Tidur

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira lima hari lalu apabila wanita berkenaan bersama anak-anak dan ahli keluarga lain merancang kejutan kecil di bilik tidur dengan membawa sebiji kek ulang tahun yang siap dihias dan dinyalakan lilinnya. Mereka memasuki bilik dalam suasana ceria sambil berharap si suami akan tersenyum menerima kejutan itu.

Namun suasana bertukar suram apabila lelaki berusia 53 tahun itu tidak memberi sebarang reaksi meskipun dikejutkan beberapa kali. Dalam keadaan cemas, si isteri terus meletakkan kek di atas meja solek lalu cuba mengejutkannya sekali lagi, namun lelaki tersebut tetap tidak bergerak.

@ocharnq

Baku sayang sampe maut memisahkan adeku yg sabar ya syg #sorotanfypppppppppppp

♬ suara asli – Lonamamoh🌻 – Lona_Mamoh💫

Setelah disedari tiada lagi tanda-tanda hayat, keluarga segera mendapatkan bantuan. Lelaki itu kemudian disahkan telah meninggal dunia. Tidak dapat dipastikan tempoh sebenar dia menghembuskan nafas terakhir, namun kejadian itu jelas meninggalkan kesan yang amat mendalam buat keluarga.

Menurut ahli keluarga, arwah merupakan seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab serta sangat menyayangi keluarganya. Pemergiannya yang tiba-tiba diratapi penuh duka oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Kredit: TikTok ocharnq

 

 

[fbcomments]