Baru-baru ini, persembahan stand-up comedy Harith Iskander yang dijadualkan di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) terpaksa dibatalkan akibat ancaman bunuh yang diterima oleh beliau dan keluarganya.
Keputusan ini dibuat selepas satu insiden yang melibatkan jenaka Harith mengenai isu halal ham di Facebook, yang ternyata mencetuskan kemarahan individu tidak bertanggungjawab.
Keluarga Harith Iskander Terima Ancaman Bunuh, Seorang Lelaki Ditahan Polis
Melalui perkongsian di Instagram, bekas isteri dan pengurus Harith, Dr. Jezamine Lim, menjelaskan bahawa ancaman yang diterima bukan hanya ditujukan kepada Harith, tetapi juga membabitkan keselamatan anak-anak mereka.
Bagi memastikan keselamatan keluarga mereka terjamin, pihak pengurusan DFP mengambil langkah bijak untuk membatalkan persembahan tersebut.
Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 31 tahun telah ditahan kerana disyaki mengugut Harith serta keluarganya. Lelaki tersebut dikatakan membuat ancaman bunuh selepas Harith memuat naik jenaka mengenai isu halal ham yang kian tular di media sosial.
Telefon bimbit suspek turut dirampas oleh pihak polis untuk membantu siasatan lebih lanjut.
Kredit: Harian Metro