Seorang wanita yang berasal dari Bhayangkari di Kabupaten Jeneponto, Indonesia undang sensasi apabila dirinya telah ditangkap basah bersama kekasih dan bertindak memanjat dinding bilik air untuk melarikan diri.
![]()
Panjat Dinding Bilik Air Sebab Mahu Larikan Diri
Memetik laporan Kumparan News, difahamkan wanita terbabit bertindak memanjat dinding bilik air kerana keluarganya telah menyerang rumah yang didiami bersama kekasihnya.
Kata sumber, pada mulanya keluarga wanita itu serta suaminya menyerbu sebuah rumah sewa di Jalan Sungai Kelara, dan mengesyaki bahawa lelaki simpanan wanita terbabit berada di rumah.
Apabila kesemua mereka yang terlibat berjaya masuk ke dalam rumah berkenaan, lelaki simpanan menafikan bahawa wanita yang juga merupakan isteri kepada pegawai polis berada di dalam rumah. Namun, keluarga wanita ini berjaya menemui wanita tersebut di dalam bilik aair dan cuba bersembunyi dengan memanjat dinding seperti Spiderman.
Gagal Larikan Diri & Kes Diserahkan Ke Polis
Mengulas lanjut, hubungan dua individu ini mula terbongkar apabila suami kepada wanita berkenaan mendapat maklumat bahawa isterinya telah menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
Berdasarkan siasatan awal, mereka berdua terbukti mempunyai hubungan sulit dan status kes ini diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Kredit: portal Kumparan News