fbpx

Kisah tragis kematian Amirul Nashriq Othman, seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), yang berlaku setahun selepas pemergian Zulfarhan Osman Zulkarnain, kini kembali mendapat perhatian selepas beberapa hari lalu.

Kes Kedua Selepas Zulfarhan Di UPNM Kini Kembali Raih Perhatian

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kes tersebut, mengundang kembali perbincangan hangat mengenai misteri kematian Amirul Nashriq. Pada 24 Mac 2018, Amirul Nashriq yang ketika itu berusia 19 tahun, dilaporkan meninggal dunia akibat lemas ketika sedang mandi di Air Terjun Chamang, Pahang.

Namun, kematian tersebut masih menimbulkan tanda tanya yang mendalam di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai. Terdapat dakwaan bahawa Amirul tidak hanya lemas, tetapi mungkin juga didera sebelum kejadian tersebut berlaku.

Bapa kepada Amirul, Othman Yusoff, pernah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap hasil siasatan polis dan laporan bedah siasat. Beliau membuat laporan polis selepas mendapati terdapat kecederaan, termasuk lebam pada tubuh anaknya, dua hari sebelum kejadian tersebut.

Dalam suasana yang semakin hangat setelah hukuman gantung dijatuhkan terhadap enam pelaku dalam kes Zulfarhan, ramai berharap agar kes Amirul Nashriq juga diberi perhatian serius dan pembelaan yang sewajarnya.

Dalam perkembangan terbaru, peguam jenayah terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dilaporkan akan mengambil langkah untuk membawa kes Amirul ke mahkamah.

Menurut sumber dari Team Rakan di TikTok, pasukan peguam ini akan mengunjungi keluarga Allahyarham di Perak dalam waktu terdekat untuk mempersiapkan tindakan lanjut dalam usaha mendapatkan keadilan untuk Amirul Nashriq.

Kredit: TikTok rkantiktok, Majoriti Official

[fbcomments]