fbpx

Baru-baru ini tular di laman X berkenaan tentang seorang pekerja yang hanya memakai seluar dalam ketika berada di sebuah kedai nasi kandar terkenal, dipercayai terletak di Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.

Memakai Seluar Dalam Ketika Menyiapkan Makanan Pelanggan

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @MALAYSIAVIRALLL di laman X, ia memaparkan kelibat seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi pendek di bahagian dapur sambil menghalakan badan ke arah peralatan memasak dan difahamkan sedang menyiapkan makanan pelanggan.

Pekerja berkenaan mulai menyedari aksinya yang separuh bogel telah dirakam oleh salah seorang pelanggan di restoran terbabit dan terkejut dengan tindakan tersebut.

Cuba Sembunyikan Diri Di Tepi Pintu Dapur

Berdasarkan rakaman itu lagi, pekerja lelaki berkenaan cuba menutup kelakuannya itu daripada diketahui dengan menyembunyikan separuh badan di tepi pintu dapur restoran terbabit. Walaupun begitu, saksi yang merakam aksi itu hanya mengetawakan pekerja terbabit dan meluahkan rasa kecewa.

Jijik Nak Makan!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut rasa bimbang dan khuatir dengan tindakan pekerja tersebut yang hanya bersahaja memakai pakaian dalam dan akan menyebabkan pelanggan-pelanggan mereka terutamanya wanita dan kanak-kanak berasa tidak selamat untuk mengunjungi kedai nasi kandar terkenal itu lagi.

Kredit: X MALAYSIAVIRALL

[fbcomments]