Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah gerai makanan dikecam hebat selepas didakwa menjual kentang goreng pada harga yang dianggap tidak wajar iaitu berjumlah RM16 dan RM19 untuk saiz yang tidak memuaskan.
Isu ini menjadi bualan mulut apabila netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai harga yang dianggap tidak sepadan dengan kuantiti yang diterima.
Video di bawah:
https://x.com/mhmmdhsm/status/1818134320269385882?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
https://www.instagram.com/reel/C99aqqzuQfW/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Netizen Pertikai Harga Yang Dikenakan, Owner Tampil Beri Penjelasan
Menjawab kontroversi ini, pemilik perniagaan Vokey tampil dengan penjelasan terperinci mengenai harga kentang goreng yang ditawarkan. Dalam satu kenyataan di media sosial, Vokey menjelaskan bahawa harga yang dicanangkan adalah selaras dengan kos penyediaan dan bahan yang digunakan.
“Assalamualaikum, disebabkan ramai komen dan mention dekat video tu tentang keytatoes ni, satu yang saya perasan, tiada satu pun yang komen pasal rasa, semua pasal harga.
“Ada satu video tu, dalam tu dia komen ada berapa batang je. Sebenarnya kita buat 12 batang. Dia tak nampak banyak sebab mungkin ada patah, itu kesilapan kami. Orang cakap kita punya portion sikit. Kalau topping sikit jangan menipulah, topping kita memang banyak, tak pernah lagi sikit. Kalau sikit, korang minta dekat staf,” jelasnya.
Vokey juga menerangkan bahawa harga yang dikenakan adalah berpatutan jika dibandingkan dengan peniaga di Thailand.
“Harga kami RM16 dan RM19 bukanlah mahal jika dibandingkan dengan kos di Thailand, di mana pelanggan perlu mengeluarkan lebih banyak wang termasuk kos perjalanan. Di sini, kami memastikan setiap hidangan termasuk kos bahan dan penyediaan,” katanya lagi.
Hidangan pada harga RM19 menawarkan topping istimewa seperti daging dan ayam, manakala RM16 adalah untuk pilihan biasa. Vokey turut menegaskan bahawa resipi yang digunakan adalah buatan sendiri, memastikan setiap hidangan adalah berkualiti.
Kekecohan ini bermula selepas seorang pempengaruh makanan di Instagram bernama @abangsodok, memuat naik video ulasan tentang gerai tersebut semasa festival makanan di Seremban 2, Negeri Sembilan. Dalam video tersebut, netizen mempersoalkan jumlah kentang yang diberikan berbanding dengan harga yang dikenakan.
Kredit: Instagram abangsodok, keytatoes