fbpx

Dalam pada dunia hiburan dipanaskan dengan berita orang ketiga, madu tidak diundang dan konflik rumah tangga selebriti, Adira Suhaimi berkongsi video memaparkan kemesraan dengan madunya, Datin Red.

Hantaran itu dibuat di TikTok dan Instagram miliknya dan turut sama dimuatnaik oleh madunya itu, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red.

Difahamkan Adira telah hadir bersama Datin Red ke sebuah majlis pertunjukan fesyen yang menampilkan kemunculan pertama anak sulung Datin Red di atas pentas peragaan.

Terima kasih terima saya..

“Tak reti sangat nak cakap berbunga bunga ni.Sis cuba la ya. Kepada maduku yang cantik, Datin Red terima kasih sebab sudi menerima saya jadi sebahagian hidup akak.. Semoga Allah s.w.t menjaga hubungan ini. Amin”tulis Adira.

Adira juga sempat mengucapkan tahniah dan menitipkan pesan dan sokongan buat Awin, anak sulung Datin Red.

“Congrats sayang. Ami sentiasa doakan yg terbaik untuk kakak. Ami tahu kakak boleh pegi jauh lagi. Keep doing what you doing”

Sayang awak dunia akhirat..

Manakala Datin Red pulak menyertakan kapsyen berdoa semoga Allah SWT menjaga hubungan tersebut.

“Alhamdulillah, semoga Allah SWT menjaga hubungan ini. Kepada maduku yang cantik, saya sayang awak dunia akhirat,”tulis Datin Red

@pila4535

Alhamdulillah semoga Allah Swt menjaga hubungan ini ❤️..to my beautiful honey saya syg awak dunia ahirat ❤️.. To kakak awin congrats on your first fashion show love u

♬ original sound – adira.suhaimi

Menjengah ruangan komen, ramai yang kagum dengan hubungan akrab yang ditunjukkan mereka berdua.

Ramai beranggapan keakraban itu terjalin kerana kebijaksanaan Datuk Red menjaga keharmonian rumah tangga. Ada juga yang menganggap sikap Adira yang menghormati madunya menjadikan perkara itu terjadi.

Sekadar info, Adira berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.

Sumber: TikTok dan Instagram Adira Suhaimi

[fbcomments]