Sepanjang malam Selasa, suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipenuhi rasa syukur dan sebak apabila seramai 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) akhirnya pulang ke tanah air selepas melalui detik getir ditahan rejim Zionis Israel.
![]()
23 Aktivis Malaysia Pulang Ke Tanah Air Selepas Ditahan Tentera Israel
Pesawat Emirates Airbus 380 dari Istanbul, Turkiye yang membawa mereka selamat mendarat sekitar jam 10 malam, sebelum disambut penuh emosi dengan laungan takbir, tepukan gemuruh dan pelukan hangat daripada ahli keluarga, rakan serta penyokong yang setia menanti kepulangan wira-wira ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turut hadir menyambut kepulangan mereka sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan misi kemanusiaan tersebut.
![]()
Kesemua aktivis berkenaan sebelum ini ditahan pihak berkuasa Israel pada Khamis lalu dan dibawa ke penjara Ketziot, sebelum dibebaskan pada Sabtu. Mereka kemudian diterbangkan dari Eilat, Israel ke Istanbul bagi melalui proses dokumentasi dan rawatan kesihatan sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
Antara sukarelawan yang terlibat termasuk penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, pempengaruh Farah Lee, penyanyi Zizi Kirana, selebriti Ardell Aryana, serta pendakwah PU Rahmatbersama beberapa aktivis lain dari kapal berbeza seperti Hio, Grande Blu, Huga, Alma, Sirius, Inana, Mikeno, Estrella, Fair Lady dan Free Willy.
Kredit: Astro Awani, mStar