Impian setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga pastinya inginkan keluarga sendiri dan menanti kehadiran anak-anak sebagai penyeri serta pelengkap.

Ada pasangan yang sudah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga namun masih lagi belum dikurniakan zuriat.

Namun berlainan pula ceritanya dengan pasangan suami isteri di Riau, Indonesia ini yang tergamak meninggalkan anak lelakinya di tepi jalan, atas alasan sudah tidak tahan lagi dengan kenakalan kanak-kanak tersebut.

“Nak, maaf mama ya…”

Kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditemui di sebuah stesen minyak beserta sepucuk surat yang dipercayai ditulis oleh ibunya sendiri. Dalam kandungan surat tersebut, si ibu memohon maaf kerana sudah tidak mampu lagi melihat anaknya menderita atau terseksa kerana kenakalannya.

Nak, maaf mama ya? Terpaksa saya tinggalkan kamu di jalan kerana saya tidak sanggup melihat kamu menderita atau terseksa kerana kenakalanmu, setiap hari kamu cari masalah. Maafkan mama nak, jaga dirimu baik-baik ya…

Berlaku penderaan

Malah ada yang mendakwa berlaku penderaan terhadap budak itu kerana terdapat beberapa kesan luka.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian polis terhadap mangsa, memang terdapat kesan-kesan luka yang menandakan kanak-kanak tersebut menjadi mangsa penderaan.

Menurut Kompas, kedua-dua orang tua kanak-kanak tersebut akan dipanggil oleh pihak polis bagi mengetahui sama ada kanak-kanak berkenaan benar dibuang atau turut menjadi mangsa penderaan.

Anak suka mencuri

Pegawai Perhubungan Awam Polis Pelalawan iaitu Edy Haryanto berkata, pihaknya telah berjaya menghubungi ibu kanak-kanak malang itu.

Apa yang mengejutkan ialah, si ibu ni menyatakan bahawa dia bertindak berbuat demikian kerana sudah gagal mengawal perilaku nakal anaknya itu yang tidak boleh dibendung lagi.

Mereka tinggal di kuarters syarikat. Berdasarkan keterangan ibu bapanya, kanak-kanak ini berusia lapan tahun. Mereka mengatakan anak mereka suka mencuri…

[fbcomments]