fbpx

Seorang lelaki warga emas berusia 76 tahun telah ditemui maut di Jalan Prima 2, Metro Prima, Kepong semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada 7.30 pagi itu, mangsa dikatakan sedang menagih hutang sebanyak RM250 daripada rakannya sehingga telah berakhir dengan sebuah pergaduhan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, “Dalam pergaduhan itu, mangsa dipukul suspek berusia 63 tahun menggunakan sebuah kerusi plastik, manakala mangsa membalas serangan suspek menggunakan rod kabel,”.

Menurut Eng Lai lagi, beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah berjaya meleraikan pergaduhan tersebut. Mangsa kemudiannya beredar dari lokasi kejadian dengan berjalan sebelum rebah dan meninggal dunia.

No photo description available.

Suspek telah berjaya ditahan setelah dia tampil ke Balai Polis Kepong untuk melaporkan kejadian tersebut. Kerusi plastik dan rod kabel yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut juga turut dirampas untuk membantu siasatan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Eng Lai meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206 bagi membantu siasatan.

Sumber: Utusan Malaysia

[fbcomments]