fbpx

Seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah memandu maut manakala ibunya parah selepas kereta dinaiki mereka dihempap besi ‘winch’ yang dipercayai terjatuh dari sebuah kren dalam kejadian di Kilometer 91, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur malam tadi.

Meninggal dunia di tempat kejadian

Mangsa dikenali sebagai Faizal Ismail, 38, dari Felda Jengka 6, Bandar Pusat Jengka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala

Ibunya, Fatimah Mat Hussain, 72, yang parah di bahagian kepala dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk menerima rawatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki dua beranak itu tiba-tiba dihempap sebuah besi ‘winch’ dipercayai terjatuh dari sebuah kren.

Pihak polis masih melakukan siasatan bagi mengesan kren terlibat. Justeru, kita minta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Shafiq Azril Adlan di talian 011-14858209 bagi membantu siasatan.

[fbcomments]