fbpx

Semalam terjadinya satu kejadian yang menyayat hati apabila sebuah kereta dihempap pokok tumbang telah mengakibatkan tiga beranak maut di tempat kejadian, sekaligus dua orang mangsa lagi menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Kejadian tersebut dipercayai berlaku sewaktu melalui jalan dari Machang ke Kota Bharu kira-kira jam 8.04 malam.

Ibu, Bapa Dan Adik Bongsu Maut

Menurut sumber yang dipetik dari Berita Harian, Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40 dan anak, Nik Aishah Azzahra, 5, serta suami, Nik Mohd Zulmi Ramli, 44 disahkan meninggal dunia manakala dua lagi anak kepada pasangan tersebut Nik Adilia Zulaikha, 11 dan Nik Adam Zarif, 9, yang berada di tempat duduk belakang cedera dan telah dibawa ke Hospital Machang.

Ibu Riba Adik Bongsu Ketika Dikeluarkan Dari Kereta

Berdasarkan laporan sumber, mangsa Nik Amirah dikhabarkan sedang sarat hamil dan meninggal dunia di tempat kejadian bersama anak dan suaminya. Apa yang membuatkan ramai sayu termasuklah anggota Bomba dan Penyelamat adalah kedudukan Nik Amirah yang meriba anak bongsunya, Nik Aishah Azzahra di bahagian penumpang sewaktu dikeluarkan dari kereta jenis Nissan Sentra.

“Wanita itu juga sedang mengandung, selepas mengeluarkan mangsa, kita dapati ketiganya sudah meninggal dunia. Bomba mengambil masa dua jam setengah untuk mengeluarkan mangsa, memotong dan kerja-kerja pembersihan membabitkan 10 anggota, satu jentera dan dua jengkaut”, jelas Mohd Roslan Omar, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh.

Dalam pada itu, lima lagi terselemat apabila kenderaan yang mereka naiki juga melalui kawasan berkenaan sewaktu kejadian pokok tumbang terbabit. Pasangan suami isteri, Shamsiemon Mukhtar, 53, dan isteri, Jahnilawati Mohd Zain, 52, serta tiga anak mereka yang menaiki kereta Honda City tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]