Seorang ibu meluahkan rasa syukur apabila dia dan anaknya masih dikurniakan umur yang panjang susulan mereka berdua terpaksa berdepan detik-detik mengerikan apabila mereka terselamat daripada terhempap pokok yang tumbang tas bumbung kereta miliknya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Selayang, Selangor pada Isnin semalam.

Kereta Dihempap Pokok Di Tempat Duduk Belakang

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Facebook Rasyida Mat Hussain, beliau memuat naik beberapa gambar keadaan kereta jenis Perodua Bezza yang dipercayai dinaiki bersama anaknya dihempap dengan sebatang pokok di tempat duduk belakang ketika hujan lebat pada waktu itu. Menurut pemilik akaun tersebut, beliau luah rasa syukur kerana anaknya yang berada di tempat duduk belakang bukan berada dalam keadaan duduk, tetapi dalam keadaan baring ketika kejadian berlaku.

“Ada hikmah ya, dua beranak selamat Alhamdulilah. Dihempap pokok tumbang, hujan cukup-cukup lebat, batang pokok hempap betul-betul di tempat duduk belakang, anak tengah baring-baring, kalau duduk Wallahualam”, tulisnya.

Orang Ramai Memberi Bantuan Mengalihkan Pokok Besar Yang Tumbang

Melihat kesemua gambar yang dikongsikan di laman Facebook tersebut, kelihatan kereta mangsa mengalami kerosakan teruk dan bumbung kereta yang remuk akibat hentakan pokok yang tumbang itu. Difahamkan orang ramai juga turut berhenti memberi bantuan untuk mengangkat dan mengalihkan pokok besar yang tumbang di atas kereta mangsa yang berada di bahagian tepi jalan.

Bagaimanapun, kini masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini.

Kredit: Facebook Rasyida Mat Hussain

[fbcomments]