fbpx

Dua kanak-kanak dilaporkan hampir kehilangan nyawa selepas tersenarai menjadi antara lima individu yang nyaris maut akibat dua buah kereta dihempap pokok di Jalan Kapar Batu 6, Klang, Selangor semalam.

Tidak Membabitkan Kemalangan Jiwa

Difahamkan, kejadian sekitar jam 3 petang yang turut melibatkan dua lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 40-an itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor iaitu Ahmad Mukhlis Mukhtar, beliau memaklumkan bahawa pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 3.10 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara telah bergegas ke lokasi berkenaan.

“Siasatan anggota di lokasi mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap dua buah kenderaan jenis Toyota Altis dan Perodua Bezza.

“Semua mangsa termasuk dua kanak masing-masing lelaki dan perempuan bagaimanapun terselamat selepas keluar sendiri dari kenderaan itu sebelum ketibaan bomba.

“Kesemua mangsa bernasib baik kerana terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam insiden tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]