fbpx

Seorang remaja lelaki dilaporkan maut selepas kereta elektrik mewah yang dinaiki bersama teman wanitanya terbabit dalam kemalangan dan terbakar di Kilometer 6.6 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada Khamis lalu.

Kereta Hilang Kawalan Sebelum Terbabas Dan Terbakar

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur iaitu Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, beliau memaklumkan bahawa kereta yang dipandu oleh remaja lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dalam kejadian jam 2.10 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lelaki itu memandu dari arah Jalan Duta ke Plaza Tol Air Panas dan kenderaan hilang kawalan di tempat kejadian. Impak kemalangan menyebabkan kenderaan terbabit terbakar di tempat kejadian,” katanya kepada sumber hari ini.

Pemandu Maut, Manakala Teman Wanita Retak Tulang Pinggul

Tambah Sarifudin lagi, pemandu kenderaan terbabit disahkan maut di tempat kejadian, manakala teman wanitanya yang juga berusia 19 tahun retak tulang pinggul dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Akibat kemalangan, pemandu mengalami kecederaan di pinggul serta terbakar di bahagian kanan badan dan disahkan maut oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di tempat kejadian,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]