fbpx

Seorang wanita yang sarat hamil dilaporkan maut bersama suaminya selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tembok longkang di Jalan Gua Musang – Lojing di Gua Musang, Kelantan awal pagi Ahad, semalam.

Anggota Tentera Dan Isteri Sedang Hamil Anak Kembar Maut Kemalangan

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gua Musang iaitu Superintenden Sik Choon Foo memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku pada jam 9.35 pagi itu telah mengakibatkan mangsa Suhana Khairudin, 37, yang sarat hamil anak kembar berusia enam bulan dan anggota tentera Ridwan Effendy Yusof, 43, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, dua anak mereka yang berusia 9 dan 15 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Katanya, keluarga terbabit yang menaiki kenderaan jenis Kia Rio itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Ipoh, Perak menghala ke Gua Musang.

Sik Choon Foo memaklumkan akibat pelanggaran yang berlaku, pemandu telah tercampak keluar dan maut di lokasi terbabit.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]