Sebuah insiden cemas berlaku di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang baru-baru ini apabila sebuah kereta jenis Honda WR-V nyaris terjatuh dari parkir bertingkat Pusat Jantung di hospital berkenaan.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 1.20 petang itu telah tular di media sosial, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen mengenai keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan tersebut.
Video di bawah:
https://x.com/kl_reporter/status/1886757461555863854?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Kereta Nyaris Jatuh Dari Parkir Bertingkat HSIS, Pemandu Alami Sakit Dada Sebelum Hilang Kawalan
Menurut Pengarah HSIS, Dr. Farique Rizal Abdul Hamid, pemandu berusia 40 tahun itu dipercayai mengalami sakit dada secara tiba-tiba, menyebabkan beliau hilang kawalan ke atas kenderaannya sebelum merempuh tembok parkir.
Impak perlanggaran itu mengakibatkan sebahagian dinding runtuh dan serpihannya menimpa sebuah kenderaan lain yang sedang bergerak di jalan utama berhampiran lokasi kejadian.
Bagaimanapun, Dr. Farique mengesahkan bahawa pemandu bersama tiga penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan.
Siasatan lanjut berhubung insiden ini sedang dijalankan oleh Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan memastikan aspek keselamatan di kawasan parkir hospital terus dipertingkatkan.
Kredit: Kosmo!, X KL_reporter