Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang dua kenderaan saling menghimpit antara satu sama lain di sebuah lebuh raya.
Difahamkan pemandu Proton Waja telah menukar laluan dari lorong kiri ke kanan secara mengejut dan menyebabkan pemandu Honda City tidak berpuas dengan tindakan pemandu terbabit lalu mengekori rapat sebelum berlaku kejadian himpit menghimpit antara dua kenderaan itu.
Proton Waja Hilang Kawalan Dan Terbabas
Menurut laporan Harian Metro, pemandu dan penumpang kenderaan Proton Waja dilaporkan cedera setelah kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas selepas dihimpit Honda City berkenaan di Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman iaitu Datuk Mohd Nasri Omar, beliau memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku pada jam 10.15 pagi semalam membabitkan dia kenderaan iaitu kereta jenis Proton Waja dan Honda City.
Dua Individu Yang Menaiki Proton Waja Cedera
Katanya, siasatan awal mendapati Proton Waja yang dinaiki dua mangsa itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Kedah, manakala Honda City dari Temerloh menuju ke Shah Alam.
“Setibanya di lokasi kejadian, Honda City terbabit dipercayai dipandu dengan cuai selain bertindak menghimpit dan menekan brek sehingga menyebabkan pemandu Proton Waja itu gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas.
“Akibat kejadian, dua individu iaitu pemandu dan penumpang Proton Waja berusia antara 30-an hingga 50-an cedera di bahagian kepala dan tangan,” jelasnya.
Mohd Nasri menambah, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kredit: Harian Metro