fbpx

Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran kereta selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 33.3, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan pada malam tadi.

Pemandu Myvi Rentung Selepas Kereta Terbakar

Berdasarkan kenyataan dari Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor, pihak mereka memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 11.24 malam dan anggota bomba bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berkenaan.

Difahamkan, seorang pemandu dalam kereta jenis Myvi telah terperangkap dan terbakar selepas kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu lori treler membawa muatan tanah dan sebuah Proton Iswara.

“Mangsa lain dikeluarkan orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian. Mangsa yang rentung dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada polis,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, identiti mangsa lelaki yang rentung itu masih belum dapaat dikenal pasti, sementara seorang penumpang perempuan dewasa berusia 32 tahun bersama kanak-kanak lelaki berusia setahun yang turut menaiki Perodua Myvi berkenaan dilaporkan cedera.

Dua lelaki dewasa berusia 18 dan 22 tahun yang menaiki Proton Iswara cedera manakala seorang lelaki berusia 33 tahun iaitu pemandu treler tidak cedera.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]